Wednesday 4 January 2017

KENAPA LUTUT SERING BERBUNYI ?

MASALAH LUTUT BERBUNYI

Kaki, terutama bahagian lutut adalah antara anggota yang sering ´didera´ tanpa disedari. Kita menggunakan kaki sepenuhnya sama ada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga bergaya dengan kasut tumit tinggi tanpa memberi peluang untuk ia ´berehat´.

Kita sering terlupa, seperti anggota lain, kaki dan lutut juga perlukan penjagaan. Malangnya setelah berasa sakit, barulah kita mula memberikan perhatian yang kadang-kadang sudah terlewat akibat keadaan kaki yang sudah menjadi teruk.

Dikatakan terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan pada lutut. Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah lutut ini tidak hanya berlaku pada golongan tua.

Antara penyebab masalah pada lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan atau kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan pada lutut.

Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang ketika mereka berusia 40-an. Bagaimanapun, serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang.

Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.

Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.

Pergerakan ketika melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga akan memberi kesan jika dilakukan berpanjangan. Membongkok dan mencangkung biasanya memberikan tekanan berlebihan pada bahagian lutut.

Selain itu, berat badan berlebihan juga menjadi penyumbang kepada sakit lutut. Ini disebabkan bahagian kaki terpaksa menanggung berat keseluruhan badan dan kaki sebagai bahagian paling bawah akan menerima bebanan paling banyak. Satu lagi masalah yang boleh menimbulkan masalah pada lutut ialah tapak kaki rata atau tidak berlekuk.


ekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh, ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.
7. Hentik
Antara tips untuk menghindari sakit lutut ialah:
1. Sekiranya tugas yang dilakukan memerlukan anda banyak berdiri, elakkan daripada berdiri tegak sepanjang masa. Bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki supaya bebanan berat badan dapat diseimbangkan antara kedua-dua kaki.
2. Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk.
3. Sekiranya lutut anda sakit, letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur telentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot lutut ketika tidur.
4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.
5. Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit.
6. San sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa lutut anda sakit.
8. Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan. Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, manakala air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.

DENGAN adanya penekanan kepada sukan dan aktiviti lasak atau ekstrem, terdapat peningkatan dalam insiden kecederaan yang berkait rapat dengan sukan, baik bagi pemain profesional mahupun yang bermain secara sosial.

Kita dapat lihat padang bola sepak, lapangan futsal, taman ekstrem dan gelanggang- gelanggang tertutup bagi permainan badminton, bola keranjang, sepaktakraw dan sebagainya yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Maka tidak hairanlah terdapat peningkatan dengan jumlah kecederaan sukan. Tidak hairanlah kebanyakan pesakit adalah terdiri daripada golongan muda, namun golongan yang lebih tua tetapi aktif bersukan tidak terkecuali dari kecederaan ini.

Terdapat beberapa ligamen yang penting di dalam dan luar lutut seseorang yang diklasifikasikan kepada penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik.

Ini termasuklah ligamen krusiat anterior/ depan (ACL), ligamen krusiat posterior (PCL), ligamen kolateral lateral (LCL), ligamen kolateral medial/tengah (MCL), kompleks lateral posterior (PLC) dan meniskus lateral dan medial yang mana semuanya dikategorikan sebagai penstabil lutut statik.

Penstabil lutut dinamik adalah otot-otot yang terdapat di sekeliling lutut yang turut berfungsi sebagai penstabil lutut.

Terdapat banyak struktur di dalam lutut boleh mengalami kecederaan dan kerosakan tetapi artikel kali ini akan ditumpukan kepada kecederaan pada ACL sahaja yang paling kerap dialami oleh mereka yang akrif bersukan.

Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar, ACL merupakan salah satu ligamen yang terdapat di dalam sendi lutut setiap individu.

Ligamen pula adalah tisu tegar yang berfungsi sebagai penstabil kepada sendi-sendi di dalam badan kita.

Persoalannya sekarang, dengan wujudnya banyak penstabil lutut, apakah kecederaan pada ACL seseorang itu perlu dirawati?

"Ya, kerana fungsi ACL sebagai penstabil yang spesifik dan unik untuk mengekalkan kedudukan sendi lutut itu sendiri agar tidak longgar pada posisi-posisi tertentu.

"ACL menstabilkan lutut untuk mendaki bukit atau menaiki tangga dan menjadi penstabil untuk putaran lutut dan juga aktiviti larian mahupun pemain bola sepak menukar arah larian ketika berlari (cutting).

"Oleh itu bagi mereka yang mengalami kecederaan ACL pasti mengalami simptom-simptom di atas selain rasa sakit pada lutut tersebut," ujar beliau.

Bagaimana kecederaan ACL boleh berlaku?

Menurut Dr. Khaizatul Ezam, kecederaan ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan, lazimnya secara non-contact.

"Mekanismenya adalah – berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba- tiba. Ini dapat dilihat terutamanya pada sukan-sukan yang melibatkan larian dan putaran berlebihan pada lutut seperti dalam permainan bola sepak, futsal, ragbi, bola keranjang dan bola jaring atau digelecek dengan agak keras sewaktu bermain.

"Mekanisme kecederaan ACL dalam sukan melibatkan lompatan pula – sewaktu mendarat, lutut berputar ke arah dalam dengan kaki tetap di atas gelanggang dan ini akan menegangkan ACL dan menyebabkan kecederaan, ia putus atau terkoyak," katanya.

Akan tetapi terdapat juga pesakit-pesakit kecederaan ACL yang disebabkan oleh aktiviti sukan yang lain dan ada juga yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang melibatkan mekanisme kecederaan yang sama seperti kecederaan sewaktu bersukan.

Contoh lain yang lebih jelas adalah dalam sukan rabgi atau American football yang mana seseorang pemain digelecek pemain lawan dengan diasak lutut dari sebelah kiri atau kanan pemain tersebut.

Lelaki atau perempuan?

Kajian ada menunjukkan bahawa perempuan adalah lebih berisiko untuk mendapat kecederaan ACL berbanding lelaki atas sebab-sebab tertentu. Terdapat perbezaan bentuk anatomi tulang dan sendi wanita dan lelaki dan perbezaan juga dalam kekuatan ligamen dan otot, koordinasi dan kontraksi otot.

Perbezaan hormon juga dilihat sebagai salah satu sebab ligamen ACL seseorang atlet wanita lebih berisiko untuk tercedera. Oleh itu, teknik-teknik latihan yang rapi dan intensif dapat mengurangkan insiden kecederaan ACL ini.

Namun ini tidak bermakna atlet lelaki akan terlepas dari kecederaan ACL kerana jenis sukan bagi atlet lelaki juga lebih mendedahkan mereka kepada kecederaan di atas berbanding dengan jenis sukan atlet wanita.

Tanda-tanda kecederaan ACL

"Tanda-tanda seseorang mengalami kecederaan ACL adalah selalunya akan kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi ‘pop’ dari lutut yang berkenaan. Seterusnya akan terasa kesakitan yang amat sangat dan lutut akan membengkak dengan agak mendadak.

"Pemain selalunya akan tidak dapat meneruskan permainannya walaupun cuba memaksa dirinya untuk bermain semula pada waktu itu. Pada jangka masa tertentu, pesakit akan berasa kesakitan dan ia mungkin akan berkurangan dan bila digunakan semula kaki untuk berjalan atau berlari akan terasa lutut dalam keadaan longgar seolah-olah seperti akan tercabut," jelasnya. Selain itu, akan kelihatan otot di kawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut yang normal dan ini dianggarkan berlaku dalam tempoh seminggu selepas kecederaan.

Tambah Dr. Khaizatul Ezam, tanda-tanda yang memerlukan pembedahan segera adalah lutut terkunci yang mana lutut tidak dapat digerakkan sama ada untuk diluruskan atau dibengkokkan, terasa seolah-olah tersangkut.

Tanda-tanda lain termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya, kesakitan yang berkala dan ketidakselesaan pada lutut.

Apakah kecederaan lain boleh berlaku akibat kecederaan ACL?

Disebabkan terdapat struktur- struktur lain di dalam lutut seperti yang disebutkan di atas, organ-organ lain juga mungkin akan terjejas bergantung kepada kekuatan kecederaan yang dialami.

Dengan adanya kecederaan-kecederaan lain bersama-sama ACL, akan menentukan prognosis atau kecepatan pemulihan seseorang itu. Melalui pemeriksaan klinikal oleh pakar ortopedik, akan dapat ditentukan tahap kecederaan ACL dan kecederaan-kecederaan sampingan.

Selalunya kecederaan ACL berkait rapat dengan kecederaan meniskus iaitu pelapik yang terdapat di dalam sendi lutut dan dalam kes yang teruk melibatkan juga kecederaan ligamen-ligamen lain.

Cara mengelakkan kecederaan ACL sewaktu bersukan

Dr. Khaizatul Ezam memberitahu: ‘‘Secara asasnya mengelakkan diri daripada tercedera dalam aktiviti sukan melibatkan disiplin sebelum, semasa dan selepas permainan.

"Keadaan otot yang kuat dan sesi meregangkan otot sebelum bermain adalah sangat penting bagi menjamin kekuatan otot sepanjang permainan. Sewaktu permainan pula, keadaan-keadaan menggelecek (tackle) yang keras haruslah dielakkan sama sekali kerana yang menggelecek dan yang digelecek juga bakal tercedera sama.

"Latihan yang rapi juga adalah sangat penting, mempelajari teknik-teknik yang betul untuk melompat dan mendarat dapat mengelakkan dari kecederaan ligamen krusiat. Sesi cooling down juga adalah penting bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot-otot dan menyalirkan keluar asid-asid laktik yang terhasil sewaktu bermain."

Akan tetapi secara keseluruhannya terdapat juga insiden- insiden yang tidak dapat dielakkan atau tidak disengajakan dan ini akan mengundang kecederaan pada ACL.

BOLEHKAH ACL yang putus atau koyak sembuh sendiri?

ACL yang mengalami kecederaan tidak boleh sembuh dengan sendirinya atas sebab-sebab tersebut di bawah:

1) Bendalir sinovial di dalam lutut yang sentiasa mengalir di dalam lutut akan menyebabkan sel-sel penyembuh dialirkan keluar dari kawasan terputusnya ACL tersebut dan ini menghalang penyembuhan ACL

2) Keadaan ACL yang terkoyak atau terputus selalunya berada pada jarak yang jauh antara satu sama lain dan ini menyukarkan penyambungan semula jadi ligamen ACL tersebut

3) ACL yang putus/koyak akan berada di luar selaput sinoviumnya dan ini menyukarkan pemulihan secara semula jadi.

Perlukah saya menjalani sinar-X atau MRI?

Ujian sinar-X adalah perlu untuk memastikan tiada keretakan atau kepatahan kepada tulang di sekitar lutut. Ia juga berupaya memberikan gambaran tentang kemungkinan kecederaan rawan.

Selalunya bagi kecederaan ACL, sinar-X akan kelihatan normal selain terdapat gambaran pembengkakan pada lutut. Bagi ujian MRI (pengimejan resonans magnetik) pula, adalah tidak mandatori dilakukan kerana diagnosis kecederaan ACL boleh diperoleh secara pemeriksaan klinikal.

Hanya bagi kes-kes yang kurang pasti kerana kesukaran pemeriksaan (kesakitan amat sangat) atau terdapat kecederaan-kecederaan lain seperti kecederaan meniskus akan dapat dilihat dengan jelas melalui pemeriksaan MRI.

Rawatan

* Peringkat awal : Bagi pemain yang disyaki mengalami kecederaan ACL, hendaklah dikeluarkan segera dari permainan dan tuaman ais digunakan ke atas lutut yang cedera dan bahagian kaki ditinggikan untuk mengurangkan bengkak yang berterusan.

Balutan sementara boleh digunakan dan tidak terlalu ketat dan anduh atau tongkat boleh digunakan bagi memudahkan pesakit berjalan semula.

Sekiranya bengkak keterlaluan, pembedahan kecil mengeluarkan cecair/darah dari lutut adalah perlu untuk mengurangkan kesakitan dan kerosakan berterusan kepada lutut berkenaan, selain memperbaiki pergerakan lutut.

* Peringkat pertengahan : Penggunaan ais boleh diteruskan dalam sela masa yang sesuai dan pendakap lutut boleh digunakan bagi memberikan kestabilan sementara kepada lutut. Penggunaan ais dan pendakap adalah sekurang-kurangnya selama enam minggu.

Dalam masa yang sama otot-otot paha hendaklah dikuatkan melalui fisioterapi dan julat pergerakan lutut diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan pada lutut.

* Peringkat lanjutan : Pembedahan rekonstruksi ligamen ACL secara artroskopik menggunakan ligamen autocantuman/autograft (Arthroscopic ACL Reconstruction). Pembedahan ini lazimnya akan memakan masa satu hingga satu setengah jam melibatkan rekonstruksi atau pembinaan semula gantian kepada ACL menggunakan ligamen autograft atau ligamen lain sekitar lutut pesakit.

Ligamen-ligamen yang paling lazim digunakan adalah ligamen patela (tempurung lutut) bersama-sama tulang atau ligamen hamstring (otot belakang paha) tanpa tulang. Rekonstruksi boleh dilakukan secara satu urat atau dua urat dan kesesuaiannya adalah bergantung kepada tahap kecederaan pesakit dan faktor-faktor tertentu.

http://bit.ly/2iOetxN
Ubat SAKIT LUTUT Yang DahTerbukti BERKESAN
Klik >> 
http://bit.ly/2iOetxN




Sunday 25 December 2016

TIP SENAMAN PERCUMA UNTUK SAKIT LUTUT !!

PENGENALAN
Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma “autoimmune”, jangkitan, perubahan “degenerative” atau kecacatan pada baka.
Jenis-jenis arthritis adalah:
  • Osteoarthritis (OA)
  • Rheumatoid Arthritis
  • Infectious arthritis
  • Polymyalgia rheumatica
TANDA - TANDA SAKIT LUTUT.
  • Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
  • Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
  • Kekerasan sendi.
  • Sakit di sekitar sendi.
  • Deformiti.
  • Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).
  • Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
  • Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
    1. sukar melakukan tugasan tertentu.
    2. sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.
FAKTOR - FAKTOR RISIKO.
  • Peningkatan umur
  • Kegemukan :
    1. di kedua – dua sendi lutut yang mendapat OA
  • Keturunan:
    1. terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
  • Pergerakan yang keterlaluan.
  • Kecederaan sendi yang teruk:
    1. Kepatahan tulang.
    2. Koyak pada bahagian meniscus.
    3. kerosakan pada ligamen
  • Pekerjaan:
    1. OA sendi lutut dikalangan pekerja.
    2. OA sendi paha di kalangan petani.
RAWATAN.


  1. Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
  2. Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
  3. Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.
PENDIDIKAN PESAKIT.
  • Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangkapanjangnya perlu di bincangkan.
  • Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
  • Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.
TURUN BERAT BADAN.
  • Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
  • Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
  • Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.
FISIOTERAPI.
  • Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya.yang berlarutan.
  • Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.
PROGRAM SENAMAN.
  • Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
  • Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.
TERDAPAT 2 JENIS SENAMAN.


  • Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.
  • Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.
  • Program aerobik
    1. Senaman aerobic yang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.
PERLINDUNGAN SENDI.
– Alat bantuan berjalan
  • Bagi OA sendi paha dan lutut, penggunaan tongkat di sebelah bertentangan mengurangkan tekanan keatas sendi-sendi tersebut sebanyak 50%.
  • Gunakan tongkat yang sesuai ketinggiannya.
  • Bahagian atas pemegang tongkat harus sampai kepergelangan tangan pesakit apabila beliau berdiri.
  • Kasut yang selesa dan penyerap retakan adalah digalakkan.
– Alat sokongan pada lutut
  • Penggunaan alat sokongan lutut boleh mengurangkan bebanan kepada lutut yang bermasalah “degenerative”.
– “Taping” pada Tempurung lutut
  • Bagi OA petello-femoral, “Taping” pada bahagian medial tempurung lutut dan diikuti oleh senaman otot peha (quadriceps) boleh mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi.
– Kaedah-kaedah mengurangkan kesakitan
  • Kaedah terapi haba
    1. Kaedah terapi haba mungkin berguna untuk mengurangkan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan bengkak.
    2. Kaedah terapi haba ini menggunakan bag tuam panas, Short Wave Diathermy dan ultrasound.
    3. Terapi haba tidak digalakan untuk sakit sendi yang akut.
  • Kaedah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS)
    1. TENS berkesan menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih 4 minggu.
    2. Gabungan intensiti yang tinggi dan mod ledakan yang kuat adalah berkesan.
PENUKARAN CARA BEKERJA.
  • Pemulihan carakerja membantu dalam mengurangkan hilangupaya aktiviti harian melalui penggunaan alatan yang diubahsuai.
Indikasi penggunaan alat sokongan (Splinting)
  • Alat sokongan digunakan untuk memulihkan fungsi, membetulkan posisi sendi atau deformiti dan mengurangkan sakit.
Contoh: Alat sokongan perlindungan tangan (carpo-metacarpal) dan alat sokongan meluruskan sendi lutut.
  • Ubahsuaian kasut
    1. Pengubahsuaian kasut termasuk meninggikan tumit dan penggunaan alat-alat sokongan bahagian tapak kaki.
  • Pengurusan tekanan
    1. Sakit selalunya adalah gabungan kekejangan otot dan tanda-tanda tekanan.
    2. Jurupulih carakerja akan mengajar teknik dan aktiviti relaksasi yang terancang yang boleh membantu mengurangkan sakit.
  • Pesakit mungkin perlu mengatur semula aktiviti-aktivitinya supaya sakit yang keterlaluan dapat diatasi.
TERAPI UBATAN.
Jenis-jenis terapi ubatan
  • Ubat makan
  • Suntikan dalam sendi
  • Ubat sapu
  • Lain-lain
    UBAT MAKAN.
    Pemberian ubatan untuk wargatua
  • Fungsi buah pinggang dan hati menurun apabila umur meningkat.
  • Dengan itu adalah penting untuk lebih berhati-hati semasa pemberian ubatan penahan sakit yang sering digunakan bagi wargatua.
  • Panadol atau Paracetamol terbukti lebih kurang sama berkesan dengan ibuprofen untuk mengawal kesakitan dan perlu diberi keutamaan berbanding Ubat Antiradang Tanpa Steroid (NSAIDs).
  • Ubat Penghalang COX-2 didapati berkesan sama seperti Ubat Antiradang Tanpa Steroid malah kurang kesan sampingan gastrik.Kebelakangan ini ianya terbukti selamat untuk jantung.
  • NSAIDs perlu digunakan secara berhati-hati kerana kesan sampingannya seperti gastric, gangguan fungsi buahpinggang, bengkak kaki dan merangsang lemah jantung bagi sesetengah individu.
  • Tramadol pula boleh menyebabkan sembelit dan kekeliruan dikalangan wargatua jika tidak berwaspada.
SUNTIKAN.
Kaedah terapi ini hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih sahaja.
Ubatan yang digunakan untuk suntikan dalam sendi adalah:
  • Glucocorticoids
  • Hyaluronan
UBAT SAPU.


  • Topical NSAIDs
  • Methylsalicylate liniment (LMS)
  • Capsaicin
  • NSAID-mengandungi plaster berubat sebagai pilihan lain bagi rawatan arthritis.
Lain-lain
  • Glucosamine
    1. Glucosamine soleplate berguna untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi bagi pesakit dengan OA ringan dan sederhana.
    2. Ia dapat menghentikan penipisan ruang antara sendi dan mengubah kesan jangkapanjang penyakit.
Pilihan Pembedahan


  • Jika rawatan ubatan gagal iaitu sakit berterusan, rawatan pembedahan boleh dipertimbangkan.
Pengukuran yang diambilkira untuk memilih kaedah pembedahan terbaik:
  • Kebarangkalian untuk berjaya dengan kaedah yang dipilih.
  • Komplikasi-komplikasi kaedah tersebut.
Sebelum membuat pilihan kaedah pembedahan terbaik untuk pesakit, faktor-faktor berikut perlu diambil kira;
  • Umur pesakit.
  • Sendi yang terlibat.
  • Masa sesuai untuk pembedahan.
  • Kepakaran dan kemahiran yang ada.
– Pilihan pembedahan termasuk:
  • Arthroscopic debridement
  • Ligamentous reconstruction
  • Osteotomy
  • Unicompartmental arthroplasty
  • Total joint arthroplasty
  • Arthrodesis
    1. Pembedahan penukaran sendi sepenuhnya adalah pilihan terbaik bagi yang berumur melebihi 60 tahun.
Arthroscopic debridement
  • Kaedah ini melegakan sementara gejala OA lutut yang ringan ke sederhana tetapi ia tidak dapat membetulkan proses degenaratif.
  • Pesakit perlu di beritahu dengan jelas komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan pembedahan rekonstruktif seterusnya jika perlu.
Ligamentous reconstruction of the knee joint
  • Tujuan utama kaedah ini adalah untuk mengurangkan sakit dan memulihkan kestabilan sendi.
  • Pesakit perlu diberi kaunseling bahawa prosedur ini bertujuan untuk menyelamatkan sendi dari kerosakan.
Osteotomy
  • Tujuan utama osteotomy adalah untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi.
  • Osteotomy juga digunakan bagi sendi pinggul untuk menghilangkan gejala dan melambatkan pembedahan definitif.
Unicompartmental arthroplasty
  • Secara tradisi, kaedah pembedahan ini digunakan untuk pesakit yang mengalami arthritis sendi lutut yang melibatkan satu bahagian khusus dikalangan pesakit berumur melebihi 60 tahun dan tidak aktif.
  • Juga bermenafaat bagi pesakit yang mengalami deformiti sendi yang ringan dan sederhana serta sendi lutut tidak longgar.
  • Teknik ini adalah susah dan dilaporkan berjaya dilakukan di pusat rawatan cemerlang.
Total joint arthroplasty
  • Pembedahan menggantikan sendi sepenuhnya adalah pembedahan utama untuk osteoarthritis sendi lutut, pinggul dan bahu.
  • Kebanyakan pesakit tidak lagi sakit dan mempunyai fungsi sendi yang hampir normal selepas berjaya di bedah.
  • Penukaran sendi sepenuhnya bertahan selama 15 tahun atau lebih bergantung kepada tahap aktiviti fizikal.
Arthrodesis
  • Prosedur ini terbukti berkesan mengurangkan sakit dan kebanyakannya dilakukan keatas sendi tulang belakang, sendi pergelangan tangan, tangan dan kaki.
  • Bagi sendi lutut dan pinggul ianya cuma bertujuan untuk menyelamatkan sendi tersebut.
PENCEGAHAN PERINGKAT PRIMA
  • Pencegahan prima boleh menjadi kenyataan jika semua faktor-faktor risiko di ubah.
  • Kebanyakan faktor-faktor risiko ini adalah penting bagi sendi-sendi yang menampung berat badan.
  • Mengekalkan berat badan ideal, penurunan berat badan dan pendidikan Kesihatan mengenai teknik penjagaan dan perlindungan sendi termasuk dari kecederaan adalah digalakkan sebagai langkah pencegahan.
  • Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal.

SEBAB UTAMA DI SERANG SAKIT LUTUT

SEBAB UTAMA DI SERANG SAKIT LUTUT

Orang kita di Malaysia terutamanya golongan muda tidak mengambil serius tentang sakit lutut dan menganggap sakit tersebut mudah dirawat dan akan sembuh dengan sendirinya. Sakit lutut juga dikenali sebagai Osteoarthritis (OA). Juga dikenali sebagai arthritis terutama di bahagian lutut.
Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). Sakit lutut boleh terkena kepada semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu
Memiliki kesihatan lutut yang baik sangat penting. Apabila kita sering dilanda sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas. Mungkin kita tidak selesa untuk berjalan, menaiki tangga, berlari sehinggakan untuk menunaikan ibadah solat juga mungkin terganggu. Ketidakselesaan ini semuanya akan berlaku, jika kita tidak mengubati sakit lutut dengan segera.
PUNCA - PUNCA UTAMA SAKIT LUTUT.
  • UMUR SEMAKIN MENINGKAT.
  • Semakin lama kita hidup di dunia, semakin kita dimamah usia. Umur semakin meningkat merupakan factor utama sakit lutut terjadi. Ini kerana pelincir di lutut semakin kering dan berkurangan. Antara simpton-simpton pelincir lutut kering dan berkurangan ialah tidak dapat berdiri lama, tidak mampu membengkokkan lutut dalam masa yang panjang dan memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian.Oleh itu, semakin umur meningkat, semakin sukar untuk kita mencegah kekurangan tulang rawan. Kita seharusnya mengamalkan pemakanan yg sihat seperti perbanyakkan minum susu untuk tulang serta mengamalkan pengambilan vitamin  C.

  • BERAT BADAN BERLEBIHAN.
    Tekanan pada sendi lutut akan bertambah apabila berat badan kita semakin bertambah atau berlebihan. Obesiti akan meningkatkan risiko berlakunya Osteoartritis, tulang rawan akan rosak dengan lebih cepat. Berat badan berlebihan memberi tekanan kepada sendi-sendi yang menampung tubuh seperti lutut dan punggung. Jadi, jika anda berlebihan berat badan, kurangkanlah berat badan anda ke paras ideal sebagai langkah pertama mengatasi masalah sakit lutut.Penyakit-penyakit lain ini termasuk reumatoid artritis (penyakit radang kronik yang menjejas sendi-sendi di tangan dan kaki) dan gout (sakit perit, bengkak dan merah di sendi-sendi yang biasa dialami kaum lelaki).

  • BAKA ATAU KETURUNAN.
    Termasuk dengan mutasi genetik yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA. Atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut. Jika ada anggota keluarga anda pernah mengalaminya, maka risiko anda menghidapi sakit lutut juga adalah tinggi. Faktor keturunan juga terjadinya masalah ini. Genetik yang ada pada pada ibubapa berkemungkinan ia terkena kepada anak-anak.Namun, daripada 5 adik beradik besar kemungkinan hanya 2 orang saja yang akan mewarisi penyakit ini. Terdapat kes ibu bapa mendapat penyakit ini, dan turun kepada anak-anaknya sehingga cucu-cicitnya juga mendapat penyakit yang sama. Sakit lutut bukanlah penyakit yang serius, Namun jika tidak dicegah dan dirawat akan menyebabkan kelumpuhan sehingga tidak mampu berdiri.

  • JANTINA.
    Wanita lebih sering sakit lutut berbanding lelaki. Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak. Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki disebabkan hormon, peningkatan kadar kolesterol, faktor pemakanan dan selepas putus haid.

  • TEKANAN SENDI.
    Bergantung kepada pekerjaan yang anda lakukan. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat (55 paun dan lebih) seperti mencangkuk dan melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.  Ini terjadi apabila pekerja itu membuat kerja-kerja yang berat seperti mengangkat barangan yang berat, duduk terlalu lama, berdiri secara berterusan dan mengakibatkan tekanan pada sendi.Pekerjaan seperti angkat barang berat, bawa lori terlalu lama dan bertani merupakan factor utama sakit sendi ini terjadi. Melakukan sesuatu pekerjaan terlalu lama mengakibatkan lenguh-lenguh kerana  tekanan berterusan kepada sendi.

  • CEDERA.
    Khusus untuk atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. Pemain bola sepak, takraw dan tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, exercise yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi. Digalakkan sebelum dan selepas bersukan melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukan badan. Aktiviti ini supaya atlet tidak mengalami kekejangan ketika bersukan.Atlet sering mengalami kecederaan seperti disepak, ditendang dan terjatuh hingga menyebabkan mereka terpaksa diusung keluar daripada padang. Ini kerana mereka tidak memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan. Kita harus mengambil langkah untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku.Sakit lutut dan sendi (Osteoarthritis) merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
    Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang.
    Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Thursday 22 December 2016

RACUN SAKITLUTUT


7 MAKANAN YANG PERLU DI ELAK JIKA ANDA SAKIT LUTUT ?

Sakit Lutut Dan Sendi Adalah Perkara Yg Biasa Berlaku Kepada Orang- Orang Yang Aktif Bersukan, Orang - Orang Yang Berusia Serta Orang- Orang Yang Mempunyai Masalah Berat Badan Berlebihan.



Berikut Adalah 7 Makanan Yang Perlu DiJauhi Untuk Kesihatan Sendi:


1- KURANGKAN MAKANAN YANG BERGORENG.
Kurangkan Jumlah Makanan Yang Di Goreng Dan Di Proses Yang Anda Makan Dan Banyakkan Lagi Pengambilan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan Dalam Diet Anda.

2 - TURUNKAN PARAS TOKSIN.
Sejenis TOKSIN Muncul Apabila Sesuatu Makanan Itu Di Panaskan, Di Panggang Atau Di Goreng.

3 -KAWAL PENGAMBILAN GULA & KARBOHIDRAT TINGGI
Jumlah Kandungan Gula Yang Tinggi Dalam Diet Akan Menyebabkan Peningkatan Toksin Dan Mencetuskan Keradangan. Elakkan Atau Kurangkan Pengambilan Makanan Manis Seperti Gula-Gula, Makanan Kotak, Air Soda Dan Lain-Lain.

4 - KURANGKAN PENGAMBILAN TENUSU.
Produk Tenusu Boleh Menyumbang Kepada Sakit Sendi Di Sebabkan Oleh Sejenis Protein Yang Terkandung Di Dalamnya. Elakkan Pengambilan Protein Daripada Sumber Daging Dan Tenusu Dan Gantikannya Dengan Sumber Daripada Sayur-Sayuran Seperti Bayam, Tauhu, Kacang, Kekacang Dan Sebagainya
5 - JAUHI ROKOK DAN ALKOHOL.
Pengambilan Tembakau Dan Alkohol Berlebihan Boleh Menyebabkan Pelbagai Masalah Kesihatan Termasuklah Menjejaskan Sendi Kita. Peluang Perokok Tegar Sangat Cerah Untuk DiSerang Sakit Sendi Jenis Rheumatoid. Manakala Mereka Yang Ketagih Alkohol Mempunyai Risiko Tinggi Untuk Mendapat Gout.
6 - GARAM DAN BAHAN PENGAWET.
Kurang Garam Boleh Membantu Anda Menguruskan Artritis. Walaupun Penyediaanya Mudah. Makanan Yang Di Panaskan Oleh Gelombang Ketuhar Sering Tinggi Dengan Kandungan Garam.

7 - GANTIKAN MINYAK JAGUNG DENGAN ZAITUN.
Banyak Makanan Yang Di Panggang Dan Makanan Ringan Mengandungi Jagung Atau Minyak Jagung. Walaupun ianya Sedap, Namun Minyak Jagung Boleh Mencetuskan Keradangan. Minyak Ikan Yang Mengandungi Omega-3, Boleh Membantu Dengan Menghilangkan Rasa Sakit Sendi.